Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

doa rabitah

doa rabitah

Thursday, November 10, 2011

waiting for the call


at this moment, i adore this song \(",)/

sing by IRFAN MAKKI

Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/i/irfan_makki/waiting_for_the_call.html ]
I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins

To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan


O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall







Thursday, October 27, 2011

my BFF udah kawen

salam,

congratulations to my beloved friend, s0ya..for her wedding day last week..kawen suda kawan ku sorg ni...kikikiki


ni antara kawan baik aku..kami berkawan since kami kecil2an lg..umah kami depan belakang jer..dulu main pondok2....kikiki...kelaka jer


geng aku kat sg puteri ni ade 5 orang...aku, soya, midah, huda n yana..kami da susun turn sape kawen dulu...wakaka...kelaka jew...mmg btol turutan yang pertama tu...soya laa...next

sape?...haha..rahsia kami =)


soya, i wish u hepi always with ur lovely hubby...dont ever forget us y lum kawen ni...bahaha




this pic was taken during soya's engagement day (5 feb)





right after her solemnization (21 oct)



this is during her big day (22 oct)




who's next?...bhahaha



aku ke?..hmm, sama2 kite nantikan =p







Sunday, August 28, 2011

1st time wat kuih raya sendiri



since puasa kali ni fully kat umah, so aku ade mase untuk mengkecahkan dapur umah aku..haha..and for the first time, i bake raya cookies on my own...wat sorang2 plak tu..sakit pule pinggang aku nehh..teringat lak dulu mase arwah akak ade..wat kuih raya ngan die...skang akak ruby pule wat ngan adik...*adik sangat 'membantu'...huhu

kuih yang dibuat nyer masing2 ade cerita kelakar nye..meh usha2 rupa kuih aku
ni...hik3




cornflakes madu
yummy2 =)


biskut dahlia
xjd sgt..bunga nye jatuh
huduh pule =p



biskut almond london
ase nye dap gak..bole tahan laa =)


biskut makmur
gedabak kan?
ni version donashi...haha


biskut sarang semut
cumils..ske =)



biskut sarang gajah
hahaha...ni kes nye sbb da penat
doh same je ngan sarang semut
cume aku parut kasar sket...hihi

Tuesday, August 23, 2011

salahkah wanita tak tahu memasak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Monday, August 8, 2011

sekadar berkongsi,,

  • Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya punca dia marah, dengar dengan teliti dan jangan komen atau cube beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif pada perasaannya.
  • Jika lelaki marah, jangan sibuk hendak tanya punca kemarahannya. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
  • Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar, dan lemah lembut terhadap wanita.
  • Wanita mudah tertawan pada lelaki yang budiman seperti bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.


semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. bakal pasangan akan tertarik jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamor.

Friday, July 29, 2011

bulan barakah


salam,

count down for ramadhan...sok lusa jew dah nak puasa..alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk menikmati bulan mulia ini..( 1month fully puasa kat umah)

hope aku dapat puasa penuh tahun ini..hee
sonok gak puasa kat umah..bleh masak2 (erkk sedap ke aku masak?)
yang best dapat g masjid..terawikh ngan orang2 kampung..

selmat menjalani ibadah puasa yer kawan2 \(",)/

Tuesday, July 26, 2011

kenali diri ku


NAMA : ******** ****** ** ******

TARIKH LAHIR : 25 - 1 - 1989

JANTINA : Perempuan

KETINGGIAN : 156 cm

BERAT BADAN : 45 Kg


ANALISIS UMUM

NO. PERIBADI : 8

ELEMEN : Api

CIRI UTAMA : Tanggungjawab dan Tekanan

SINOPSIS : Disukai kerana bertanggungjawab, namun banyak tekanan.

TAFSIRAN UMUM : Bertanggungjawab, pendiam tetapi ramai kawan, dipercayai, pertahankan kawan, kabur.

WARNA SESUAI : Merah, merah jambu, jingga dan ungu.

STATUS BMI : 18 => Underweight (terlalu kurus. Dinasihatkan berjumpa dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai bagi meningkatkan berat badan kepada yang ideal.

PENYAKIT UMUM : Jantung, penyakit kardiovaskular, sakit di bahagian dada, pengaliran darah, insomnia (susah tidur).


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI

Sangat sibuk, emosional dan berada dalam tertekan, tiada tumpuan. Perniagaan nampak baik tetapi permulaan sahaja, perjalanan berliku, melalui kitaran tanpa sebarang kemajuan. Kerja keras akan dihargai, penyokong lelaki, penyokong memberi tekanan tetapi membawa kejayaan. Perlu kerja kuat dan banyak merantau dalam kehidupan, banyak idea kreatif, laluan sukar untuk kaya.

Terlalu mudah mempercayai orang, mudah ditipu. Sangat berdikari, namun ditikam belakang. Berjauhan (mental/fizikal) menyebabkan berpisah. Mudah belanja orang, mudah kasihan orang. Suka bergerak sana sini, tidak suka duduk satu tempat. Sangat berdikari, tidak suka orang lain camputangan urusannya. Sukar percaya orang lain, sukar ada rakan niaga, mudah disabotaj. Rasa kesunyian dan sendirian. Sesuai menjadi agen/middleman. Terlalu panas - hiperaktif. Suka berniaga dan mudah untung.


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA

(KERJAYA SESUAI)
Makanan, restoran, surat khabar, majalah, telekomunikasi, penerbangan, kargo, minyak dan gas, loji penjana tenaga, kabel janakuasa, bahan api, kosmetik, penjenamaan, perhubungan awam, pengiklanan, tenaga buruh, makanan segera, kantin, fesyen, pencahayaan, kedai serbanika, perhiasan pakaian, senjata, minuman panas, pereka, penulis, karyawan filem, jururawat, pengumpul dana, penyambut tetamu, ahli psikologi.

(KERJAYA TERBAIK)
Firma perundangan, bank, institusi kewangan, pajak gadai, pejabat kerajaan, senjata, memburu, lawan pedang, peralatan senaman, industri automotif, perkakasan elektrik, tenaga kerja industri kewangan, agen bursa saham, penguatkuasa, polis, pusat sains dan penyelidikan, alat jentera, pengangkutan, kejuruteraan, perlombongan, barang kemas, pengawal keselamatan.


"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"

Hanya sebagai renungan,
Rahsia-Tarikh-Lahir.Com