Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

doa rabitah

doa rabitah

Friday, December 31, 2010

puding karamel 2011

salam,

tetibe terasa nak makan puding karamel..kebetulan keluar td, so beli la barang2 nak wat puding ni..simple jer..tp 1st time wat xjd..ni 2nd time pn xjd...haha..tp better than before la..atleast ada rupa even xcantik macam orang lain wat..yang penting rasa..dap nyer...yummy2..











ni laa hasil nyer..huduh kan...hahahaha

Sunday, December 26, 2010

look into myself

salam,

*mood sekarang macam ntah pape jerr..baru pas nengok result..hmm, ok kot..syukur jer..but still need to put more effort for next sem..yeahh

hari ini aku mau cerita pasal aku..pasal ape?...hee..ntah

yang pasti name aku ruby..anak kelima dari 8beradik..ramai kan..huhu..hanya ada 3puteri sahaja..tp sekarang tinggal 2 jer..kakak ku dah kembali ke rahmatullah pada tahun 2005.. (T_T)

disebabkan family ku ramai lelaki..so, aku da biasa ngan perangai lelaki..ganas?..xpn..haha..cume aku da tau laa lelaki ni macam mane...kasar, panas baran..uhh..mmg da biasa kena belasah..cool

nak kate aku influence ngan perangai laki ni, xjugak laa...aku masih ada sifat2 pmpuan ni...kdg2 aku berlagak macho mcm org laki..hati mau tough laa..haha...hakikat nye xbole pn..aku ni mmg sensitif laa..cume kdg2 aku sembunyikan rase tu..malas nak tunjuk...tp bile pendam, sakit wooo...

aku ada seorang bf..suda tentu dia seorang lelaki kan..hee..aku sgt syg die...aku pk aku da bole paham die...yes, i did!!!..tp...ntah...salah aku kot...masih xpndai nak baca die...gi mana aku harus lakukan lagi??...erkk,

sebenarnye, aku ni mcm ne?...seorang dak pmpuan yang hanya pk kan kebahagiaan dari org2 tersayang...kerana sudah amat letih bersedih...so, let me happy all the time~

aku seorang yang manja juga..tp hanya pada org tertentu...pada org y benar2 mengenali aku..tp, aku selalu nafikan kemanjaan aku itu untuk menjadi seseorang y lebih matang

ade y kate aku ni sukar difahami..ade juga y kate senang nye paham ko ni ruby...well, it depend on who judge me...aku seboleh nye mau diri ini difahami agar mudah disenangi org2 len...make friends..tp aku pn kena faham org gak...cuaca org len2..so, kena pandai baca...salah baca, ade yang tersinggung....uhhh...tu y xbest


my dear, my frens o sape2 je y sudah mengenali insan ini, harap dapat menerima kekurangan nye ini...





















entry ini bukan untuk menagih simpati, tp untuk lebih memahami siapakah gadis ini..




Wednesday, December 22, 2010

gathering

salam,

hari ni aku g mersing..jmpe dak2 maktab..jadi aktiviti tahunan kot jmpe dak2 ni..hehe..tp kali ni xramai y dapat join..midah xcuti..huda lak ade hal..si mar lak da blek ukm...so, hanya kami b'4 saje untuk gathering kali ni..aku, bella, zati and nurul

mlas nak cite panjang..tp best la jmpe diorg..sume tegur perihal 'kekurusan' aku ni..hurmm..xtau da nak jawab pe..haha

mula2 g makan di tepi pantai y 'indah'...
then, tetibe jumpe kuda..bgambo jap
next, mcm bese g karok..haha
lastly, singgah maktab..windu skool lamela







with bella n zati

zati : akak, tlog amek gmbo

akak : .....(sengih kerek, tp berlalu begitu saje)

last2, amek gmbo sndri jer...haha
























with nurul n zati


















this pic was taken by 'mar'



kuda ini from aussie..bella bawak blek mesia



maktabku sayang...(phone call from my rumate)




maktab da makin cantik





front gate of maktab



love this pic...look classy











a gift from bella~

Tuesday, December 14, 2010

updating kulit blog

salam,

cantik x kulit baru ni?..hee
busan ngat td(berkurung je dlm bilik..baru pas belasah sum1..haha..padan muka beliau)
aku pn gode2 la..cari layout baru..make refreshment on my own blog.
suke gak mcm ni..ceria sket kot

sedang aku membebel kat blog ni......
*beliau y kat luar bilik tu..sibuk je ketuk2 bilik ni..nak masuk laa tu..xserik kena belasah ngan aku td??...hahaha..aku seorang akak yang garang+ganas...jgn cari pasal ngan aku..plak time2 g bulan ni..

beliau : b, bukak laa pintu

kak b : mende?

beliau : ........(senyap jerkk)

hehh..malas layan dak2..eee


blog aku ni tempat aku bebel sorg2..luah pape jer la
tp bile blog da cantik ni..nak luah perasaan mcm xbest lak
kang jd huduh lak blog aku ni..
it is just temporary..i'll change it sooner..
ikot suke hati aku laa nak tuka2 kulit blog aku ni
kalo agak2 da busan natap kulit y same jer..aku tuka baru laa
bukan gune duit pn..hihihi

thats all..
mau kuar bilik..pujuk beliau

Saturday, November 27, 2010

salam,,

sakit lak pale ni..ase serabut lak pk byk mende ni..aduii
mase depan y masih lom diketahui corak nyer

Sunday, November 14, 2010


astaghfirullah hal azim,,,




Thursday, November 11, 2010

kisah cinta Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s

salam,

sepanjang stdyweek ni aku layan lagu2 nasyid jer..lagu slow yang menenangkan jiwa ini..cewaahh..kalo stdy pn xterganggu dengan lagu2 mcm ni..dengar pn best..tetiba aku tersyok kat satu lagu ni entitle Pesona Zulaikha nyanyia In-team..mula2 dengar bese jer..tp bile hayati lirik die, best lak..tertarik untuk mengimbau kembali kisah cinta Zulaikha ngan Nabi Yusuf a.s..then, aku google ler..jumpe cerita pasal mereka ni..lets read through this story..b4 that, ni la lirik lagu Pesona Zulaikha tu..

lalalalalala..nyanyi dlu..hehe

indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

ni la die story yang aku jumpe kat laman sesawang..nak share kat laman aku lak..hee



~Akibat konsprirasi saudara-saudara nabi Yusuf a.s , di negeri Kanaan , baginda terjual di negeri Mesir.

Maka Allah berfirman :

ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ

Maksudnya

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan anak. Dan demikianlah caranya kami berikan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu menta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 21)

Ahli-ahli tafsir sepakat mengatakan orang yang membeli Yusuf a.s. adalah al-Aziz seorang pegawai tinggi atau Wazir kerajaan Mesir dan isterinya adalah Zulaikha , yang diharap menjadi ibu angkat kepada Yusuf a.s.

Siapakah Zulaikha ?

Maulana Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h ( 817 H – 898 H ):

Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.

Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara ghaib berbisik padanya : “ Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi hasrat kamu kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya”.

Perlu diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.

Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan menawan.

Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :

Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.

Kisah Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.

Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,

“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?”

Zulaikha menjawab,

“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.

*walau secantik mana pasanganmu or sehodoh mana pasanganmu, terimalah die seadanya..kebahagian bukanlah terletak pada rupa paras semata-mata..tp terletak pada hati yang ikhlas untuk menyintai pasangan masing-masing..\(",)/