Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

doa rabitah

doa rabitah

Friday, December 31, 2010

puding karamel 2011

salam,

tetibe terasa nak makan puding karamel..kebetulan keluar td, so beli la barang2 nak wat puding ni..simple jer..tp 1st time wat xjd..ni 2nd time pn xjd...haha..tp better than before la..atleast ada rupa even xcantik macam orang lain wat..yang penting rasa..dap nyer...yummy2..











ni laa hasil nyer..huduh kan...hahahaha

Sunday, December 26, 2010

look into myself

salam,

*mood sekarang macam ntah pape jerr..baru pas nengok result..hmm, ok kot..syukur jer..but still need to put more effort for next sem..yeahh

hari ini aku mau cerita pasal aku..pasal ape?...hee..ntah

yang pasti name aku ruby..anak kelima dari 8beradik..ramai kan..huhu..hanya ada 3puteri sahaja..tp sekarang tinggal 2 jer..kakak ku dah kembali ke rahmatullah pada tahun 2005.. (T_T)

disebabkan family ku ramai lelaki..so, aku da biasa ngan perangai lelaki..ganas?..xpn..haha..cume aku da tau laa lelaki ni macam mane...kasar, panas baran..uhh..mmg da biasa kena belasah..cool

nak kate aku influence ngan perangai laki ni, xjugak laa...aku masih ada sifat2 pmpuan ni...kdg2 aku berlagak macho mcm org laki..hati mau tough laa..haha...hakikat nye xbole pn..aku ni mmg sensitif laa..cume kdg2 aku sembunyikan rase tu..malas nak tunjuk...tp bile pendam, sakit wooo...

aku ada seorang bf..suda tentu dia seorang lelaki kan..hee..aku sgt syg die...aku pk aku da bole paham die...yes, i did!!!..tp...ntah...salah aku kot...masih xpndai nak baca die...gi mana aku harus lakukan lagi??...erkk,

sebenarnye, aku ni mcm ne?...seorang dak pmpuan yang hanya pk kan kebahagiaan dari org2 tersayang...kerana sudah amat letih bersedih...so, let me happy all the time~

aku seorang yang manja juga..tp hanya pada org tertentu...pada org y benar2 mengenali aku..tp, aku selalu nafikan kemanjaan aku itu untuk menjadi seseorang y lebih matang

ade y kate aku ni sukar difahami..ade juga y kate senang nye paham ko ni ruby...well, it depend on who judge me...aku seboleh nye mau diri ini difahami agar mudah disenangi org2 len...make friends..tp aku pn kena faham org gak...cuaca org len2..so, kena pandai baca...salah baca, ade yang tersinggung....uhhh...tu y xbest


my dear, my frens o sape2 je y sudah mengenali insan ini, harap dapat menerima kekurangan nye ini...





















entry ini bukan untuk menagih simpati, tp untuk lebih memahami siapakah gadis ini..




Wednesday, December 22, 2010

gathering

salam,

hari ni aku g mersing..jmpe dak2 maktab..jadi aktiviti tahunan kot jmpe dak2 ni..hehe..tp kali ni xramai y dapat join..midah xcuti..huda lak ade hal..si mar lak da blek ukm...so, hanya kami b'4 saje untuk gathering kali ni..aku, bella, zati and nurul

mlas nak cite panjang..tp best la jmpe diorg..sume tegur perihal 'kekurusan' aku ni..hurmm..xtau da nak jawab pe..haha

mula2 g makan di tepi pantai y 'indah'...
then, tetibe jumpe kuda..bgambo jap
next, mcm bese g karok..haha
lastly, singgah maktab..windu skool lamela







with bella n zati

zati : akak, tlog amek gmbo

akak : .....(sengih kerek, tp berlalu begitu saje)

last2, amek gmbo sndri jer...haha
























with nurul n zati


















this pic was taken by 'mar'



kuda ini from aussie..bella bawak blek mesia



maktabku sayang...(phone call from my rumate)




maktab da makin cantik





front gate of maktab



love this pic...look classy











a gift from bella~

Tuesday, December 14, 2010

updating kulit blog

salam,

cantik x kulit baru ni?..hee
busan ngat td(berkurung je dlm bilik..baru pas belasah sum1..haha..padan muka beliau)
aku pn gode2 la..cari layout baru..make refreshment on my own blog.
suke gak mcm ni..ceria sket kot

sedang aku membebel kat blog ni......
*beliau y kat luar bilik tu..sibuk je ketuk2 bilik ni..nak masuk laa tu..xserik kena belasah ngan aku td??...hahaha..aku seorang akak yang garang+ganas...jgn cari pasal ngan aku..plak time2 g bulan ni..

beliau : b, bukak laa pintu

kak b : mende?

beliau : ........(senyap jerkk)

hehh..malas layan dak2..eee


blog aku ni tempat aku bebel sorg2..luah pape jer la
tp bile blog da cantik ni..nak luah perasaan mcm xbest lak
kang jd huduh lak blog aku ni..
it is just temporary..i'll change it sooner..
ikot suke hati aku laa nak tuka2 kulit blog aku ni
kalo agak2 da busan natap kulit y same jer..aku tuka baru laa
bukan gune duit pn..hihihi

thats all..
mau kuar bilik..pujuk beliau

Saturday, November 27, 2010

salam,,

sakit lak pale ni..ase serabut lak pk byk mende ni..aduii
mase depan y masih lom diketahui corak nyer

Sunday, November 14, 2010


astaghfirullah hal azim,,,




Thursday, November 11, 2010

kisah cinta Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s

salam,

sepanjang stdyweek ni aku layan lagu2 nasyid jer..lagu slow yang menenangkan jiwa ini..cewaahh..kalo stdy pn xterganggu dengan lagu2 mcm ni..dengar pn best..tetiba aku tersyok kat satu lagu ni entitle Pesona Zulaikha nyanyia In-team..mula2 dengar bese jer..tp bile hayati lirik die, best lak..tertarik untuk mengimbau kembali kisah cinta Zulaikha ngan Nabi Yusuf a.s..then, aku google ler..jumpe cerita pasal mereka ni..lets read through this story..b4 that, ni la lirik lagu Pesona Zulaikha tu..

lalalalalala..nyanyi dlu..hehe

indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

ni la die story yang aku jumpe kat laman sesawang..nak share kat laman aku lak..hee



~Akibat konsprirasi saudara-saudara nabi Yusuf a.s , di negeri Kanaan , baginda terjual di negeri Mesir.

Maka Allah berfirman :

ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ

Maksudnya

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan anak. Dan demikianlah caranya kami berikan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu menta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 21)

Ahli-ahli tafsir sepakat mengatakan orang yang membeli Yusuf a.s. adalah al-Aziz seorang pegawai tinggi atau Wazir kerajaan Mesir dan isterinya adalah Zulaikha , yang diharap menjadi ibu angkat kepada Yusuf a.s.

Siapakah Zulaikha ?

Maulana Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h ( 817 H – 898 H ):

Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.

Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara ghaib berbisik padanya : “ Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi hasrat kamu kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya”.

Perlu diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.

Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan menawan.

Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :

Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.

Kisah Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.

Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,

“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?”

Zulaikha menjawab,

“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.

*walau secantik mana pasanganmu or sehodoh mana pasanganmu, terimalah die seadanya..kebahagian bukanlah terletak pada rupa paras semata-mata..tp terletak pada hati yang ikhlas untuk menyintai pasangan masing-masing..\(",)/

Wednesday, November 10, 2010


salam,

last monday, ade exam unit op..huhu..terbaek dr ladang la soklan nyer..ade ke patut bagi soklan macam tu kat dak2 'pandai' mcm kami ni..aduei..mmg best laa..we're enjoyed the exam...muahahaha..blek bilik nangis xingat dunia..ngee..terkilan sbb bajet dpt skor paper itu..but then, huhh..nothing to say...setelah itu, aku mmbawa hati yang lara ke sekitar ump...bersiar2 menikmati pemandangan yang indah..(mcm best ngat jer ump ni =p)...pas tu, puas hati laa sbb upenye sume org xdpt jwb this paper..huhu..ade geng..no need to worry..=p..mmg sakit nak jd engneer ek..ilek2..jd bini engneer pn da ok..huhuhu...syg, keje molep2 ea..b mcm xdpt jer nak ikot jejak mu..wee..sng cite dok umah jga ank2 je nnt..haha

eeee, ape la pk mcm tu...this is just half of my way here..ade lg mase kt cini..don't give up laa cik ruby oiii..mangun2..keep on trying...kite sume kan pandai2..jgn sia2kan kepandaian itu..just usaha lebih lg..oooyeaahh...stdy non stop..sakit pale juge ekk..hoho..so, what to do???...stdy tu niat kena ikhlas..kalo setakat nak pas exam, mmg x ke mana la ape y kite blaja..ilmu y kite blaja ni utk diguna smpai bila2..xkesah laa ilmu apa skali pn..i wish to apply all my knowledge in mylife.lebih2 ilmu akhirat..ilmu duniawi y kite blaja skang adlah utk kelangsungan hidup di dunia..tp ilmu ukhrawi jgn dilupa..utk bekalan di hri akhirat kelak..ingat yer kwn2...renung2kan dan slamat beramal...hee

* td beli bege...sabo jer tggu lame giloss..aku da lapo tau x..=p

Sunday, November 7, 2010

final exam sem 5

salam,

aaaachuuuummm...exam fever..lol
final exam just around the corner and really closed to it..jeng3

carry mark doesnt work..huu
mcm bese, pulun time final la
hope can do better..insyaALLAH
permudahkanlah urusan ku ini YA ALLAH..aminn

8 Nov 2010
unit op
wdk 26
9.00 a.m - 12.00 p.m

10 Nov 2010
cre II
astaka
2.30 p.m - 5.30 p.m

15 Nov 2010
s.e.m
DBP
2.30p.m - 5.30 p.m


16 Nov 2010
pulang ke rumah
bas transnasional
5.00 p.m


sElAmAt hAri RaYa AiDiLaDha~

Sunday, October 24, 2010

aku penat...

aku tak larat...

aku nak rehat...

aku rindu mak ayah...

aku nak balik...

aku sedih..[tetibe lak]

aku nak hepi2 jer...

u alls outside there, please jgn bg msalah kat aku..

let me free from ur problems...

dont drag me into ur problems...

i'm going to be such a selfish person from now...

dont call me "budak sombong"

aku akan pakai tag "aku budak sombong"....muahaha
so, everyone will know

aku baik??...[wanna be better person]

Thursday, October 14, 2010

perbezaan antara lelaki dan wanita

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Monday, October 11, 2010

family



this is my family
i love them very much

1. ibrahim bin ismail
2. siti zubaidah binti ismail (1981-2005)
3. mohd fazli bin ismail
4. mohd hanif bin ismail
5. me
6. riduan bin ismail
7. raffiuddin bin ismail
8. rabi' atul amirah binti ismail

Thursday, September 2, 2010

salam,,

Ya ALLAH, xtahan nye aku..akhirnyer menangis juga..bukan setakat menangis, meraung sekali..adehh..puas hati aku..selama ni aku pendam je rase ni..orang len dah excited nak balik umah..aku masih wat slamber jer..still bz ngan keje2..mmg xfikir nak balik umah langsung..ni dah kena tinggal,dok sorang2..sape tahan beb..sedih gila la..uwaaaa

mak,ayah,adik,abg2..aduhh..nak balik!!!
kepala aku ni dok runsing ngan keje2 jer..sampai xde feel nak rayer..sedih lak..
aku patutnye hepi..xlame lg da nak raye..best nyer..huhu

hampeh jer aku ni..orang len dah senang lenang duk umah..aku masih tercongok kat ump ni..bila aku nak balik ni..suatu hari nanti aku akan balik gak..hihi

aku bercadang sgt nak wat lemang sendiri..baru kite enjoy raye..wat sendiri..huh, aku dapat bayangkan..betapa bestnye suasana itu..tp skang susah laa...sume dah laen..aku xboleh nak angan2 sume tu..raye pn da len..terpaksa 'berbahagi'...huh

teringat last year punye raye, mmg sedih..huhu..mlm raye pn da wat hal.....................................................................................................................

Thursday, August 19, 2010

bersabar di bulan ramadhan



salam,

sudah 9 hari aku menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan ni..
so, sepanjang tu, ade beberapa perkara y telah berubah.
alhamdulillah, semuanya baik2 belaka..
tp, tatkala semuanya dalam keadaan yang baik, hati aku ini teruji.
pada mulanya biasa2 saja..positif thinking ajer..but, kdg2 still fikir mende lain.
sometimes, rase diri ini useless..org2 disekeliling aku ni sudah xperlukan aku ke?
aku ni sekadar angin lalu ke di mata diorg?
aku masih punya hati dan perasaan..mmg tersentuh bila diperlakukan sebegitu.
but, i keep my own way..just be myself..cool sudey..huhu
mmg kesabaran aku diuji..Ya ALLAH, kuatkanlah diri ini..
even kdg2 terasa down sgt2 sbb xdapat tahan kesabaran..(tears)
kerenah semua org mmg xdpt diduga..

terdetik di hati aku ni,
did they concern about me?
uhh, don't know..
tp aku je yang fikir pasal diorg..
if aku ni seorang y selfish, da lame aku ignore je semua org
but then, tu bukan diri aku..

aku xsuke berdendam..cume perasaan tu menyelubungi diri ini.
tp lame2 perasaan itu akan hilang jua..
so, sekarang ni, aku masih bersabar
selagi aku terdaya..insyaALLAH

Friday, July 23, 2010

precious gemstone



The ruby gemstone, known for its scarlet color, is the rarest gemstone. Very fine quality rubies, especially stones in larger carat weights such as over three carats, are very rare and incredibly valuable. Such rubies are rarer than high quality colorless diamonds. Rubies are mined in Myanmar, Kenya, Pakistan, Sri Lanka, Tanzania and Vietnam. Ruby is the birthstone for those born in July.




The emerald gemstone, known for its rich green color, is a gemstone that has been an emblem of rebirth and enduring love for thousands of years. No other green gemstone can rival the emerald’s beauty and popularity. Although when you think of emeralds you think of a rich green color, but emeralds can be found in a variety of hues and tones. Some of the finest emeralds are slightly bluish green in color. Emeralds are mined in Africa, Brazil, Colombia, Russia and Pakistan. Emerald is the birthstone for those born in May.

The sapphire gemstone, thought to only be blue in color, can be found in a variety of colors such as purple, pink, yellow, orange, green and gold. Sapphires have long been a symbol of truth, honesty and faithfulness. Sapphires are mined in Australia, India, Myanmar, Sri Lanka, Thailand and the United States. Sapphire is the birthstone for those born in September.



The last to make up the big four in gemstones is the diamond. Although when most people think of diamonds they usually picture a clear gemstone, diamonds have been found in red, blue, pink, green, and bright yellow colors. Diamonds are mined in Australia, Africa, Asia, and North America. Diamond is the birthstone for those born in April.

Thursday, July 22, 2010

mari baca sat

salam...

saat ni,
jam:5.16p.m
tempat:dalam bilik aku la
cuaca:baru lepas hujan
mood:blur

aku banyak kerja, tapi aku macam xboleh buat..banyak fikir..fikir jer, memang la kerja x jalan..haha...[intro]

tadi aku baru balik dari kelas..masa tu, hujan..lebat jugak..nasib baik aku bawak payung..selamat2..huhu

aku kesian kat member aku y sorang ni, so aku hantar die balik ke kk die..then, die hantar aku ke kk aku..men pusing2 macam tu laa..hihi

then, kami lepak kat cafe kk aku..borak2..rase macam dah lame x spend time ngan die since kami berlainan kk..bla bla bla bla..(kami borak)

aku rase diri aku ni x betol la..macam banyak wat salah...mungkin nampak ok..tapi sebenarnya tidak..

kawan2, aku nak mintak maaf yer..ampunkan salah aku..mungkin aku ni sombong sangat ke..kedekut ke..poyo ke..nyusahkan korang ke..bla bla bla bla bla..wow, macam banyak ngat salah aku ni..ilek2..i'm still nice person..hee

aku nak baik ngan semua orang..aku x nak jadi hipokrit..x nak jadi talam..adehh..[mula buka cerita]

buat 2 orang kawan ku ini (tidak dapat nyatakan nama beliau) , hope u guys berbaik semula..aku x nak jadi macam ni..aku pun x nak sebelahkan sesiapa..kalau sebelum ini aku tersebelahkan salah satu antara kamu ber'2 , aku nak mintak maaf..at this moment, aku x nak belahkan sesape..kalau korang nampak aku berbaik ngan salah satu antara korang, hope xjadi salah faham laa ea..be positive!!!

from now on, aku nak korang berbaik..jernihkan keadaan seperti dulu..mungkin susah nak setel kan masalah kamu orang..tapi, sampai bila nak biarkan macam ini wahai rakan2 ku??sama2 mengalah laa..aku pn x tahu siapa bersalah..mungkin aku bersalah...haha..[tetiba lak]

semua masalah ade penyelesaiannya..mungkin aku ni x pandai nak nasihat korang..aku pandai cakap belakang jer..luahkan kat sini..tapi terbacakah luahan ini oleh kamu??..i hope so..sudi2 lah menjenguk blog aku yang dah nak bersawang ni..keh3..[cerita habis]




next, hal2 berbangkit :
-rindu family esp adik
-rindu my sayang..kamu sgt busy

Monday, July 12, 2010

alhamdulillah


SALAM...

KAU tempat ku meminta, KAU beri ku bahagia
jadikan aku selamanya, hambaMU yang selalu bertaqwa
ampuniku Ya ALLAH, yang sering melupakanMU

(padamu ku bersujud_afgan)

tersentuh dgan lagu indah ni..mendayu jer..sore pn sdap

alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan utk meneruskan hidup di dunia ini,
meneruskan perjuangan-->study

masih merasakan diri ini tidak cukup sempurna,
tatkala mengenangkan diri ini yang masih belum mantap iman nya

adakah aku masih mencari2 hala tuju ku?
tidak!!aku sudah punya hala tuju, cuma perlukan dorongan yang lebih
dari siapa?...hmm,

rasenye tak perlu bergantung harap pada org laen.
jika aku kuat, aku mampu harungi nya sendiri
bina diriku sendiri, baek buruk diriku, hanya aku yang tahu
diri ini sentiasa inginkan perubahan ke arah yang diredhaiNYA,
tp, kenapa aku sgt ssah utk itu?

pape pn, aku masih bersyukur kerana dikelilingi insan yang baik hati nya,
tidak menjahilkan aku..
even sometimes alpa dan lalai..tp bukan salah mereka
diriku sendiri yang salah..tegar menurut bad side

bantulah aku...

Saturday, May 29, 2010

survey tempat l.i (melaka)

CHEMICAL PRODUCT

Biomedia Laboratories Sdn. Bhd

Address : No. 6 Jalan TTC 6, Taman Teknologi Cheng ,75250 Melaka

Product : Hospital equipment

Country : Malaysia

Contact : Mr. David Chung

Designation : Managing Director

Tel : 06-364 1927

Fax : 06-3340975

Luxchem Polymer Industries Sdn. Bhd

Address : No. 3, Jalan TTC 30, Taman Teknologi Cheng Fasa 4a,75250 Melaka

Product : Unsaturated polyster resin

Country : Malaysia

Contact : Mr. Fan Kock Keong

Designation : Managing Director

Tel : 06-3372728

Fax: 06-3372689

E-mail : luxplmr@po.jaring.my

Pantai Medivest Sdn. Bhd

Address : Loji Pelupusan Sisa Klinikal, Lot 24,25,32,33,Taman Perindustrian Bukit Rambai 4C, 75250 Melaka

Product : Clinical disposed estate

Country : Malaysia

Contact : Tn. Hj. Azman Bin Ibrahim

Designation : Managing Director

Tel : 06-3517649

Fax : 06-3511870

E-mail : zambri@medivest.com.my

PETROLEUM PRODUCT

Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd

Address : Bangunan Pentadbiran Persiaran Penapisan,76300 Sungai Udang, Melaka

Product : Lubricating oil (including hydraulic oil) , brake fluid & grease ,LPG,naptha,gasoline

Country : Malaysia

Contact : Mr. Collin Wong Hee Huing

Designation : CEO

Tel : 06-3522020

Fax : 06-3522558

E-mail : bahriah@petronas.com.my

Website : http://www.petronas.com.my/

Rockhill Sdn. Bhd

Address : 9518Q, Jalan PBR 27, Bukit Rambai Indutrial Estate IVA,75250 Bukit Rambai, Melaka

Product : Manufacturer of aotumobil lubricant, industrial lubricant,grease,additive preparations

Country : Malaysia

Contact : Mr. Ng Thiam Chua

Designation : Director

Tel :06-3515590

Fax : 06-3515598

Topaz Industries Sdn. Bhd

Address : Lot 3 & 5 (Fasa V) Kawasan Perindustrian Bukit Rambai,75250 Melaka

Product : Blending (manufacturer), marine lubricants & automotive lubricants

Country : Malaysia

Contact : Mr. Ong Meng Yau

Designation : Managing Director

Tel : 06-3510191

Fax : 06-3510192

E-mail : topazind@tm.net.my

Website : http://www.topaz.com.my/

WTO Events Sdn. Bhd

Address : Lot 198 Phase 4b, Jalan PBR 21, Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, 75200 Melaka

Product : Remanufacturing of diesel engines & transmission

Country : Malaysia

Contact : Datuk Tiu Ah Thai

Designation : Managing Director

Tel : 06-2848877

Fax : 06-2837299

Wednesday, May 19, 2010

salam dan selamat petang...


sebentar td kami (aku n solah) berbicara serba sedikit mengenai mase depan..perancangan die..kemahuan die..begitu juga dengan diriku..dan mcm2 lg laa..aku mcm dah nmpak sket2 our future..hehe..get married?!..not yet..we are still waiting for that precious moment in our life..hihi..(terjiwang lak)


back to that point..die ade bgtau pe wish die..one of them, dapat wife y solehah..menurutnya, isteri solehah ni, isteri y menjaga suami,kebajikan suami dan rahsia suami dr orang lain..syg. i'll try to keep all those things..i wanna be ur wife=)


dua perkara yang die nak aku mahir:


  1. memasak

  2. menjahit



memasak---->aku ni kategori x pandai masak..duk umah mcm mem besar lak..sume mak masak..aku tlog gak laa.tlog mende2 simple je laa..seb bek rumate2 aku pndai masak..aku blaja sket2 dr diorg..yeay, ruby dah pandai masak..haha(memerli diri sendiri)


menjahit---->kategori mmg xpandai jahit..haha..mcm ne ni?..kena blaja gak ni..bkn utk die semata2.tp utk aku gak kan..ade advantage pandai jahit ni..xde la nyusahkan org len..bleh wat bju sndri..bju hubby n ank2 nnt..hihi


pape pn, aku kena improve living skills aku..nak xnk kena cube..masak ke jahit ke pape ke..y pnting cube..biar kite mahir sume mende..nnt senang kalo mertua suh wat tu laa wat ni laa..hehe


sekian dulu...kalo rajin aku smbung =)

*pic xde kena mengena.sekadar menyemak laman ni=p


Sunday, April 25, 2010

usha2 utk l.i tahun depan

-http://www.kimia.gov.my/latihan-industri.html

-http://www.docstoc.com/docs/23070005/INDUSTRIAL-TRAINING-BRIEFING-1-%28LI-Application%29/

-http://www.usm.my/art/html/word/lists_company_2008.pdf

Friday, April 23, 2010

------------> menanti solah

*lagu ni mcm ade kaitan ngan kisah kamu yang lalu..


aiman_menanti solehah

Tak perlu ada dirimu
Andainya menambah luka
Tak perlu kau tabur dendammu
Mencipta sengketa lara

Kau noda cinta yang setia
Cinta yang membara
Apa kau terlupa
Kau bakar resah yang ku bendung
Sabar yang ku rindu
Jenuh ku bertahan

Jangan berhenti jangan terhenti
Mencari teduh cinta sejati
Aku peduli aku simpati ranjauanmu

Aku menanti ayuh solehah
Yang indah budi sederhana
Aku doa engkau pun jua bahagia

Yang lalu biarkan berlalu
Tak mungkin tercantum lagi
Redhala ketentuan ini
Tak usah diamuk resah

Lihatlah sang mentari
Menyuluh luas bumi
Cahayanya menerangi
Begitu hidup ini
Sinarnya kan menanti…








dengan slumber, aku menukar tajuk lagu ni (menanti solehah) kepada menanti solah..hehe..dap sket bunyi nyer

Sunday, April 11, 2010

salah paham

lalalalala..[xde motif]

xtau nak repek per...
mende kecik jer kot..
xperlu nak amek hati ler ruby..
ilek2 sudaa

*best blek umah..ilang tension sementara..blek cni mcm2 mende nak wat n pikir..sakit pale tol laa..nway, enjoy ler student life..mmg mcm gini..tension------->success

Monday, April 5, 2010

xsuke FACEBOOK..

melalaikan

menyeksakan

menghampakan

melekakan

me..ape lagi??

mengong

Tuesday, March 9, 2010

mencari kekuatan

salam

aku rase hiba laa skang..nape ek?..dada aku berombak jer ni..hati macam xsenang..banyak mende yang difikirkan..pusing2 jadi nyer..tugas makin berat..nak xnak, mesti pikul gak sume tu..tanggungjawab utk study lg..both kena balance..stakat ni, test amat mengecewakan..aduhh..satu cabaran bagiku dikala aku mula nak bergiat aktif dalam persatuan..thats only the beginning ruby!!!..aku xbleh ngalah..aku kena trus bangkit..mmg rase down sgt..lect pn asyik perli2 jer..hmm, tadah jer laa..

else, aku sgt sensitif saat ini..mudah jer nak ngalir airmata..fade up ngan assignment pn bleh nangis..huhu..sgt klaka..laen2 hal, mmber2 aku lak..pasal aida..aku simpati giler kat die..kaki die injured..mmg da tahap teruk jugak laa..sedih gak aku nengok keadaan die..terpaksa bercuti 2mggu..huh..lame sungguh.banyak perkara yang die akan tertinggal..bukan stakat study..tp kerja2 CHEST juge..ketiadaan die buat sementara waktu ni, terasa laen laa..die sgt komited bile bekerja..so, hampir 2,3 prog die xdapat join bersama2 kami..sgguh sedih..

tadi tepon mak, rase sedih gak..xtau nape..may b rindu kot..mak pun tanye, 'xblek umah ke?'..aku jawab..'x bleh blek laa mak..makin busy'..uuwaaa...rindunyer diorg kat umah tu.syg korg..sob3(mmg ngah nangis pn saat ni)

aku harap, tanpa org tersayang disisiku, aku mampu berdiri and teruskan hidupku ini yang makin penuh mencabar..terus mencari kekuatan untuk stand alone here, UMP..mencari ilmu and menimba pengalaman baru..

*i miss my bf too..love u syg

Monday, February 8, 2010

jelousy

cemburu makin menjadi-jadi..hahaha

Thursday, February 4, 2010

Saturday, January 30, 2010

debaran terasa

salam,

pertama kali aku apply for such an important position in my faculty..huhu
mmg teringin, tp xcukup keyakinan..boleh ke aku pegang amanah itu?
bak kate org, blum cuba blum tahu..so, kita kena cuba laa..
y best nye, dpt sokongan dr teman2 sendiri..jd bersemangat lak..hope everything going smoothly..
sok dah penamaan calon..lusa lak manifesto..huhu..cuak2
takot pn ye gak..da lame tggal sume2 tu..hope, aku bleh wat berbekalkan pengalaman mase kat maktab dulu..vote ruby!!!![promote lak]

*gudluck kpd sume calon MT CHEST..[anna, aida,mery n roy]

Monday, January 18, 2010

things to remember

salam...

i admit that i felt uncomfortable with someone..
i did not like much the way she/he is now..
playing around with others feeling..
is it good for her/him??!
for me, honestly said : I'm not agree with you
why?
because i experienced it..yeah, don't want to repeat the same mistake!!!
i love him~

one more,
for her/him, please be honest in what u're doing
i like people who being honest to me
or else, you just go on with your life
and don't disturb my life
i wanna have a really good time in my life
with people who loves me

Saturday, January 2, 2010

ketika cinta bertasbih




010110

salam

we've been together for about 1 year
yesterday we're having a good time..celebrating our 1st anny
[hang out]
eat together,
walk together,
redah ujan together..haha

hepi jer even mood aku up and down..bese laa 'perubahan monsun'..hehe
pape pn, thanks to him coz make me hepi..i love him~

new life in new sem [sem4 '10]

salam \(",)/

salam 1malaysia..huhu
sem baru mula kembali.dan aku kembali dengan harapan yang tinggi menggunug.[ayat penuh motivasi]..huhu

sem baru,tahun baru..tapi aku masih sama seperti dulu..mungkin ade sikit kelainan yang aku wat untuk tahun baru ini..apa dia?!..hanya aku yang tahu..har3..aku masih dikelilingi oleh rumate2[wani,bella,fanna] and teman2[anna n others] yang same..and also bf y same[love him]..huhu...sayang sume2 laa..hihi

*more focusing for the important one[study]