Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

doa rabitah

doa rabitah

Wednesday, April 29, 2009

good bye boy

Assalamualaikum.....\(",)/

selamat petang sume..aku baru je pas abes paper thermo td..huhu..hmm, malas laa nak ngulas psal paper td..biar je laa..

hari ni die dah balik umah..hmm, cepatnye kamu pulang..good bye my boy..see u next sem..i'm gonna miss u a lot..hihi..sekarang, tinggallah daku di cni..huhu..tp sok aku balik jugak..balik untuk berehat sebentar..then, datang cni semula untuk "memenatkan" diri..huhu..i'm going to uum for masum..

my dear,
i do really miss u..agak sedih bile kite kena berpisah sementara..huhu..rite now, he is on his way back home..take care..hope selamat sampai umah ye..cuti ni, manfaatkan laa sepenuhnya..jangan nakal2 ea..huhu..

mood sekarang: kurang baik+suhu badan meningkat+fikiran kusut
nape??
sbb aku rase mcm nak demam je..plus, aku banyak fikir hal2 yang menyakitkan hatiku sendiri..huhu..mmg cari pasal namenye..lagi pula aku rindu kat syg aku..ngehehe..

*hope, i'll get well soon..=)

Saturday, April 25, 2009

2 more

Assalamualaikum......\(",)/

3 da lepas..skang tggal 2 lg..yang dah lepas sume nye hampa..huhu..hmm, a.c ok sket laa..tp pas paper a.c. aku jadi xsedap badan..pening2(xbermaya giler)aku tido je..nape??..haa, tu kite xtau..hahaha..skang da ok sket laa..hope i can perform well for another 2 paper..

abes exam, abes laa sem 2..huhu..maksudnye, cuti!!!...selain tu, aku ngan si dia pn akan turut 'bercuti'(maksudnye, da xbleh jumpe laa)..haha

bestnye cuti..lame lak tu..tp....
tp aku cuti lambat laa..sport girl la katekan..huhu
k laa, nak sambung stdy lg ni..chayok2

Friday, April 17, 2009

air..!!

Assalamualaikum........\(",)/

Sekali lagi aku diuji dengan ketiadaan air..ni bukan kali pertama aku memghadapi masalah sebegini...di ump je, dah berapa kali..jika dikenagkan masa lalu, since zaman skola lagi aku dah hadapi masalah air ni..arghh, memang tension laa..kena angkut air dari bawah ke atas(dari tangki bawah ke bilik aku laa)..sakit bahu woo..sian kan..kecik2 lagi dah kena angkut air sendiri..hihi..masalah air ni diteruskan lagi ketika aku sambung pengajianku di matrix..haha..mase ni bilik aku kat groundfloor..so, kira ok laa kan..tp still suffering..then, sambung kat ump lak..ingatkan life kt u ni better dari life2 aku sebelum ni..rupanya same je..huhu..aku xsalahkan ump..xkan nak blame ump kan..so, salah sape??..haa, tu yang kita xtau..kui3..tp, sekarang ni aku macam dah xlarat nak facing this water problem..huhu..plus sok lusa exam dah nak start..macam mane ni??..nak study pn xde mood..kui3(alasan jer)..so, aku harap masalah air ni dapat diatasi ngan segera..pliz!!!!...

*saat ni, aku still boleh sabar ngan masalah air..jangan cabar tahap kesabaranku..hihi..=)

Sunday, April 12, 2009

sekian lama

Dialah pujaan dalam mimpi
Yang senantiasa membuai hati
tiap kali bersuaku
hanya mampu senyum padanya
ku terdiam...
Sekian Lama...Ku mencuba
Tak ku lafazkan... perasaan..
Berkubur saja...Namun dia...
Ku cinta...
Apa yang harus aku lakukan
Agar dia pun mengerti
Adanya cinta menanti...
Oh, Sekian lama
aku mencintai... dia
Sukarnya membutir kata-kata
Menilai apa yang aku rasa...
Tiap kali ku cuba...
Lidah kelu dari bersuara..
Ku berserah...
[dato' siti nurhaliza]

UHL 2322..final project

Assalamualaikum......\(",)/

pada hari khamis y lalu, ktorg de product exhibition..our invention is 'buzz buzz terminator dustbin'..so far, lega laa da abes present..madam noli pn puji group ktorg..hehe..korg bleh laa usha2 pic ktorg kt bawah ni:



ni dak2 group aku..anna, ali, fizah and ruby(aku laa)



cik fizah memulakan presentation..sies je muka..bagus2..hihi




cik ann lak sambung..penuh bergaya..hehe




haha..skang turn aku lak..xpandang camera seh..gugup ke cik rob..haha



lastly, ali sebagai penutup..tp nape garu2 pale tu?..lost point ke?..huhu


ni la mende alah y ktorg invent..tong sampah je pn..tp berguna tau..huhu

Teka-teki Geli hati

teka teki kali ni sound macam lucah sket..tp jgan pkir lain laa.sbb xde unsur lucah pn..have fun with this teka-taki...

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah
9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?


skema jawapan:

1) Masukkan benang dalam jarum
2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah
3) MILO AIS
4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkatsebelah aje.
5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
6) Semut yang matanya BENGKAK
7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat
8) Panjat pokok kelapa
9) Kambing binATANG
10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Friday, April 10, 2009

i love mechanic

tension



tension tension



why??



in mechanic, i learn about tension(force)



but, mechanic was make me tension.hahaha



ahh, merepek je ayat aku ni..saje je nak merelease tension..huhu




*gambar sekadar contoh..(rajin sungguh die study..sampai tension2 lak tu..hak3)


Sunday, April 5, 2009

bibirmu, dirimu..


Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya. Di sini dinyatakan misteri bibir untuk menambah pengetahuan saja, bukan untuk dipercayai



Bibir segar dan kemerahan


Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.



Bibir yang biru (pucat)


Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.



Bibir yang tipis


Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.



Bibir yang mungil


Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.



Bibir yang tebal


Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!



Bibir sentiasa terbuka


Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.


selamat membaca...\(",)/

sesampai di ump

Assalamualaikum.....\(",)/

aku baru blek dr umah..huhu..dapat gak aku release tension di rumah..just 3 hari di rumah, cukup laa wat aku tenang..hoho..kat sini pn tenang gak, cume ade bezanya..xbanyak cite pasal cuti aku ni..sok lusa aku ade 4 test..study pn lom mantap lagi..kat umah pn aku sibuk wat report english..aduhai..xpe2, wat satu2..hmm, aku sampai sini dalam kul 3 lebih..sampai2 je kt bilik, aku rase pening2 je..xlarat plak nak layan rumate2 aku yang setia menanti kepulanganku..hik3..si dia pn same gak..aku lupa nak bgtau yang aku dah sampai..sori sume ea..pas kemas+mandi , aku pn trus tido dengan nyenyaknya..pas bangun, lega rasanya..pening2 td pn da ilang..aku pn terus msg si dia..tp xde respon..xpe laa, mungkin dia busy kot..pas tu, aku g basuh baju..then, bukak laptop..lastly, aku mengepost entry ni..

Wednesday, April 1, 2009

ni yang wat aku malas nengok movie..

Assalamualaikum....\(",)/

semalam aku nengok cite 'selamat pagi cinta'...wahh, tajuk pn dah macam besh je..actually, aku amek mase 2 hari gak laa nak abeskan cite ni..bukan nye pe, aku ni bukan nye boleh tahan nengok cite lame2..plak tu kalo citenye mcm bosan tahap kura2..arghh, benci lak aku..cite nye pasal cinta laa..aku ske gak laa cite2 mcm tu..tp pe sengal laa ending nye mcm tu je..hmm, xpuas hati lgsung..huhu..ni yang malas nak nengok pape movie ni..bazir mase aku je nengok kalo citenye tidak memuaskan hati aku..hahaha..hebat lak aku nk kritik filem org..haha